PENGENALAN SYARIKAT


Syarikat BINABACA EDUCATIONAL CONSULTANTS merupakan sebuah syarikat bertaraf Bumiputra milikan tunggal atau lebih dikenali dengan singkatan B E C. Ianya telah ditubuhkan pada awal tahun 2002. Syarikat ini beroperasi di alamat B-G-10, Pangsapuri Sri Puteri, Jalan Ukay Perdana, 68000 Ampang, Selangor.



Asas utama penubuhan syarikat ialah di atas kesedaran pemilik syarikat untuk menyahut seruan pihak kerajaan yang menggalakkan golongan bumiputra untuk menceburi bidang perniagaan kerana ianya dapat meningkatkan peratusan penglibatan kaum bumiputra dalam bidang ini. Disamping itu, matlamat penubuhan syarikat ini adalah atas dasar untuk bersama terlibat didalam pembangunan serta inovasi sistem pengurusan dan pembangunan pengurusan tenaga manusia serta peningkatan prasarana sistem pendidikan negara agar benar-benar bertaraf dunia.


Dalam mencapai matlamat ini, syarikat menyediakan pelbagai produk perkhidmatan dan modul dalam meningkatkan tahap kemahiran serta kecekapan profesyen dan kerjaya sama ada kepada sektor swasta mahupun sektor kerajaan. Syarikat ini juga merupakan diantara syarikat yang berpengalaman dan sudah cukup lama terlibat dalam bidang pembangunan pendidikan khusus keadah cepat membaca samada rumi atau jawi. Ini terbukti apabila syarikat melalui tenaga kerja syarikat yang berpengalaman telah mendapat banyak pengiktirafan serta telah diberi peluang dan ruang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Perpaduan di dalam program menangani masalah buta huruf di peringkat negeri mahupun kebangsaan.


Pada masa ini syarikat juga berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak peluang untuk memberikan perkhidmatan motovasi kerjaya dan pendidikan kepada pihak kerajaan mahupun sektor swasta. Syarikat juga amat berkeyakinan dan positif dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, terkini dan cemerlang demi kepuasan dan keselesaan para pelanggan syarikat yang dihargai.