PROGRAM MOTIVASI KELUARGA IBU-BAPA CEMERLANG ANAK GEMILANG
Adalah menjadi impian semua ibubapa agar anak-anak mereka menjadi anak-anak yang soleh atau solehah dan seterusnya mendapat kejayaan hidup yang cemerlang dunia dan akhirat. Proses menuju kejayaan hingga mencapai kejayaan bukanlah terjadi secara tidak sengaja. Sebaliknya membina kejayaan mestilah diusahakan seawal mungkin. Disamping itu, kita perlu menyedari bahawa kejayaan adalah tidak mustahil untuk dimiliki oleh anak kita. Kalau mustahil tentulah tiada anak-anak yang berjaya.
Hakikatnya semua anak mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan tersebut. Sesungguhnya untuk mencapai kejayaan, kedua ibubapa dan anak perlu melakukan perubahan dan pengorbanan. Mengorbankan keselesaan hari ini adalah untuk keselesaan akan datang. Ibubapa yang bijak ialah ibubapa yang dapat melahirkan anak-anak yang lebih baik dari mereka.
Objektif Program:
- Untuk melahirkan pelajar cemerlangan berpaksikan ketaatan kepada Allah, ibubapa dan guru
- Membina target kecemerlangan skor A
- Untuk melahirkan keinsafan dikalangan ahli keluarga tentang perlunya diwujudkan suasana kecemerlangan dalam keluarga khususnya anak-anak yang masih belajar
- Untuk melahirkan gabungan yang mantap diantara ibubapa, guru-guru dan para pelajar dalam memburu kecemerlangan.
- Membina jatidiri pelajar dalam menghadapi dunia tanpa sempadan
• Tn. Hj. Roslan Bin Nikmat (Selan Osni) • Penerima Anugerah Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan • Membina Modul Kaedah Cepat Membaca Rumi (Modul Selan Osni) • Membina Modul Kaedah Cepat Membaca Jawi (Modul Erajawi) • Perunding Motivasi • Pengalaman mengajar selama 28 tahun
Kursus:
• Had minima peserta 100 orang murid
• Untuk satu buah atau gabungan beberapa buah sekolah)
• Cuti Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Semestar
Sasaran Kursus:
• Calon sebelum / selepas peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
• Murid Tahun 4, 5 dan 6
• Murid tingkatan 1 hingga 6
• Anak-anak ahli kelab kakitangan kerajaan dan syarikat swasta