CONTOH SET MODUL (1)













MODUL SELAN OSNI (MSO) KAEDAH CEPAT BACA CEPAT FAHAM
CEPAT TULIS TULISAN CANTIK

PEMENANG ANUGERAH INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN
KEMENTERIAAN PELAJARAN MALAYSIA


Pengenalan:

Sebagai Pemenang Anugerah Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan, Tn. Haji Roslan Nikmat @ Selan Osni menegaskan bahawa penekanan harus diberikan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, betul, menarik, kreatif serta berkesan dan bukan kaedah yang statik sehingga boleh membosankan pelajar.


Berpengalaman mengajar selama 28 tahun, beliau berkata disamping kaedah yang betul, komitmen yang tinggi, alat bantu mengajar serta bahan pembelajaran perlu divariasikan untuk mempercepat serta memperkukuhkan pemahaman dan penguasaan asas pelajaran membaca sekaligus memupuk kemampuan berfikir, terutama bagi pelajar berprestasi rendah.


Strategi pengajaran dan pembelajaran dirangka bertujuan untuk membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran asas bacaan serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran dan berupaya pula meneruskan sercara kendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif dalam berbagai-bagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpandukan komponen kemahiran asas bacaan, kerohanian, nilai, sikap, kemanusiaan, persekitaran, kesenian dan reakreasi.

Melalui modul ini, murid-murid didedahkan dengan teknik-teknik proses pembelajaran berasaskan aras taksonomi yang bersesuaian. Semua kemahiran yang terdapat dalam pakej ini, telah dikelompokkan kepada aras-aras yang sesuai dengan tahap kemampuan murid dan disesuaikan pula dengan kemahiran sukatan pelajaran yang disediakan oleh Pusat Perkembanmgan Kurikulum (PPK). Aras-aras ini pula telah dipecahkan kepada subtajuk yang berkaitan. Sementara aktiviti-aktiviti yang disedikan dalam pakej ini pula menekankan hasil pembelajaran yang melibatkan gabungan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, memahami bacaan dan menulis dengan betul dan cantik.


Selain dari itu, penyusunan modul ini juga sangat mengambil kira perbezaan aspek kecerdasan dan kecenderungan yang berbeza-beza antara seorang murid dengan murid yang lain. Justeru itu, atas inisiatif dengan penuh berintergriti dan berdidikasi, Tn. Haji Roslan Nikmat @ Selan Osni telah merangka metodologi dan menyususn segala perkaedahan pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk modul pendidikan asas bacaan Bahasa Melayu yang dinamakan MODUL SELAN OSNI(MSO).


Setelah dikenalpasti modul ini berkeupayaan untuk membantu murid-murid yang belum pandai membaca (murid pemulihan) atau murid-murid di peringkat prasekolah, modul ini telah dipilih untuk menerima Anugerah Inovasi Peringkat Kebangsaan Tahun 2001 dari Kementeriaan Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran dalam usaha membasmi buta huruf. Antaranya adalah seperti berikut:
  1. Jurulatih Utama Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KIA2M)
  2. Jurulatih Utama Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (Pemulihan)
Usaha untuk penambahbaikan modul pengajaran ini, BINABACA EDUCATIONAL CONSULTANTS mengambil inisiatif mengumpulkan tenaga professional yang berkaitan dan tenaga kerja yang berkaliber agar modul ini lebih berinovasi, dinamik, berdayasaing, efektif dan seterusnya dapat membantu murid-murid seawal mungkin agar dapat menguasai asas bacaan Bahasa Melayu dengan lebih mudah, cepat, berkesan dan menyeronokkan.


BINABACA EDUCATIONAL CONSULTANTS juga diberi mandat untuk mengendalikan kursus bagi tujuan mendedahkan modul ini kepada mana-mana pihak yang berminat.