Skop dan bidang perniagaan yang dijalankan adalah berkaitan dengan tenaga pengajar dan pakar runding. Syarikat ini hanya menceburi bidang perniagaan yang ia fahami, berkeyakinan, cemerlang dan mahir serta mendalami bidang-bidang tersebut sebelum perniagaan ini dijalankan. Perniagaan ini juga mempunyai tenaga kerja yang mahir dalam bidang motivasi dan pakar runding pengurusan sumber manusia.
BINABACA EDUCATIONAL CONSULATANTS menyediakan perkhidmatan mengikut bidang- bidang perniagaan seperti berikut:
1) Pendedahan Kaedah Cepat Baca Rumi dan Jawi (menerima anugerah inovasi peringkat Negeri dan Kebangsaan)
2)Motivasi
I) Modul Motovasi Keluarga – Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang
II) Modul Motivasi Etika Kerja :
* Etika Kerja Mengikut Perspektif Islam
* Pengurusan Konflik
* Membina Keyakinan Diri
* Harga Diri
* Pengurusan Masa
* Pengurusan Stress
III) Motivasi Belia Wawasan
*Cabaran Remaja Masa Kini
*Peranan Agama Dalam Membentuk Jatidir
*Belia Wawasan